syukur padaNYA

Perjalanan jauh ke merata bumi SABAH memberikan keinsafan pada kita yang melihat. Sepanjang perjalanan aku mampu berbisik dalam hati, Ya Allah susahnya hidup orang disini, Ya Allah aku bersyukur padaMu atas rahmatMU, Ya Allah kasihani mereka..Kita selalu lupa bersykur padaNYA, perjalanan sebegini menyedarkan kita betapa beruntungnya kita dapat merasai nikmatNYA, sedangkan orang lain hidup melarat penuh kesukaran.. -renungan bersama-



kasihnya ibu...

  • Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
  • Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  • Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
  • Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  • Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  • Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
  • Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  • Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  • Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).
  • Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
  • Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
  • Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
  • Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  • Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyangdan puasanya.
  • Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  • Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
  • Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
  • Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
  • Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuann lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Hancur kuffar!!!.








BOIKOT BARANGAN ISREAL!!!
kita boleh melakukannya!

Damba Kasih Ilahi

Sejahteralah ke atasmu wahai saudaraku... . Seringkali kita mendengar manusia mencari cinta, menagih kasih, mendamba sayang...... Renungilah.. ...selamilah. .....Hakikat Cinta, Kasih dan Sayang yang sebenar . Masa yang berlalu jangan kau tangisi. Biarlah ia menjadi lipatan sejarah. Masa yang akan datang jangan terasa kita yang punya. Bukankah ketetapan itu ketentuan ALLAH? Dia yang menjadikanmu. Dia jugalah yang berhak mengatur hidupmu. Usahlah kau meminta sesuatu yang belum dirancang untukmu. Ketetapan itu pasti berlaku, tidak ke depan dan tidak ke belakang. Walau satu detik sekalipun, mengapa perlu meminta sesuatu yang belum terjadi..... Apakah sudah lupa pada janji?..
"Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku untuk ALLAH, Tuhan sekalian alam." Al-An'am : 162
Sesuatu yang terlintas di akal fikiranmu, gerak itu ilham Tuhanmu. Ia mungkin berlaku dan mungkin juga tidak. Bukan semestinya setiap lintasan itu engkau layan. Timbanglah dengan rasionalmu. Kau akan diuji. Ujian itu bermacam-macam; ada yang zahir dan ada yang batin. Dalam menghadapi ujian zahir, ramai yang bertahan; pun begitu bila berdepan dengan ujian batin, ramai yang tergelincir dan kecundang. Ingatlah.... mencari cinta, kasih dan sayang bukanlah mudah.Namamu dipanggil berulang-ulang kali dan suara itu menusuk kalbu menikam jantung hatimu, bertubi-tubi berulang kali. Itulah suara kekasih yang memanggil: "Ayuh ke mari wahai hamba-Ku, ke marilah dalam pangkuan-Ku. Ke marilah dalam ribaan kasih-Ku. Aku rindu padamu. Sudah lama kau Ku tunggu. Kasihan hamba-Ku. Sudah hampir terbakar hangus jantungmu, remuk berkecai hatimu. Siang dan malam bagai tak kau hirau lagi. Badai cintamu yang menggila kapan akan reda?" "Ah! Kasihannya engkau, gila dalam siuman. Kerana cintakah kau jadi begini? Ini Aku datang. Bukankah Aku yang kau cari? Terpadam sudahkah api rindumu? Cair sudahkah lilin cintamu? Aku juga kasih padamu. Aku juga rindu padamu.Aku juga cinta padamu.""Sehasta engkau hampiri diri-Ku, sedepa Ku rapat padamu. Engkau berjalan kepada-Ku, Aku berlari kepadamu. Sambutlah wahai kekasih cinta-Ku. Jangan kau putuskan ikatan kasih ini. Jangan kau leraikan tali cinta ini, nescaya kau akan binasa!.""Kalau antara kita terpisah, terasing, terlerai tidak ada ikatan....Aku adalah Aku, engkau adalah engkau - maka Aku tetap Aku yang Esa, yang berkuasa, yang gagah, tidak rosak dan tidak binasa; manakal engkau tetap engkau yang lemah, yang jahil, yang hina, yang hancur, yang rosak dan yang binasa. Maka....sekali ikatan ini tersimpul, jangan berani kau buka dan leraikan.... " "Aku tidak pernah khianat dalam cinta. Cinta-Ku agung, suci dan mulia. Jangan sia-siakan cinta-Ku. Cinta-Ku kekal abadi dan sejati. "Tidak akan kau jumpa cinta seagung cinta-Ku. Jangan kau khianat, jangan kau curang. Kelak kau Ku hukum. Dan ingat,....murka-Ku setara dengan cinta-Ku. Tidak ada bumi yang sanggup menanggung. Kelak kau Ku campak ke kerak api Neraka dan tidak Ku pandang engkau buat selamanya." "Maka itu awaslah! Jika inginkan cinta-Ku, bersiap sedialah : engkau akan Ku uji. Benarkah cinta-Ku yang kau cari atau kau hanya memburu syurga-Ku dan lari dari Neraka-Ku.""Aku masih mencari cinta agung sesuci kasih Muhammad kepada-Ku. Tapi Ku tahu, Aku tak akan dapat berjumpa lagi kasih seagung itu. Muhammadlah kekasih-Ku. Tanpa Muhammad, makhluk-Ku yang lain tak bererti apa-apa...""Letakkanlah cinta Muhammada sebagai neraca cintamu kepada-Ku. Cinta Muhammad adalah kayu ukur cinta makhluk kepada Tuhannya. Dia mencintai-Ku segenap jiwa dan raganya. Semuanya telah diserahkan. Semuanya telah dikorbankan. Dirinya menjadi tebusan menebus cinta. Muhammad membeli cinta dengan nyawanya. Nah! Kau pula menagih cinta-Ku dengan apa??" Sudah diceritakan secara terperinci kisah kasih, kisah cinta dan kisah rindu. Sudahkah kau merenunginya? ? Usahlah lagi kau dibuai hanyut dalam cinta nafsu yang melulu. Carilah cinta suci, cinta agung, cinta yang kekal abadi tidak luntur dek zaman, tak lekang dek masa. Datanglah ombak badai yang menggila setara mana, namun cinta yang agung itu tetap kukuh tersimpan bagai mutiara di dasar lautan. Sekarang engkau pilihlah, cinta mana yang hakiki. Jalan sudah disiapkan, terpulang kepadamu untuk menempuhnya. Tidak ada paksaan...terbuka luas bagimu membuat pilihan. ALLAH tidak menzalimi hamba-hamba- Nya, namun mereka yang selalu menzalimi diri mereka sendiri. Muhasabahlah diri....sudahkah kita menyusuri jalanan cinta ILLAHI? Jika belum sama-samalah kita susuri, moga bertemu CINTA SEJATI...... KASIH SUCI.......SAYANG YANG ABADI....... . Petikan dari : 'Rintihan Hati Seorang Mukmin' - Abu Aqil Begitulah saudaraku... . Peringatan buatmu, peringatan jua buat diriku yang sering alpa. Kasihilah apa yang ada didunia ini hanya kerana kasihnya kita kepada ALLAH. Cintailah apa yang ada di dunia ini hanya kerana cintanya kita kepada ALLAH. Dan, Sayangilah apa yang ada di dunia ini hanya kerana sayangnya kita kepada ALLAH. Semoga SAYANG KITA, KASIH KITA, CINTA KITA, semata-mata kerana ALLAH...

About this blog

About Me

"Bila daie tidak menjaga hatinya, maka rosaklah dirinya, terfitnahlah Islam kerananya dan runtuhlah dakwah ditangannya"

kalender islam

wal asr!!

Nilai Syurga

Jom berbicara


ShoutMix chat widget

Bil Pelawat

Labels